Apa Yang Anda Cari?

Thursday 5 July 2012

PERTANDINGAN NASYID DAN BINTANG IRAMA MALAYSIA UNIT KOKURIKULUM PPD KUALA KRAI

      Pertandingan nasyid dan Bintang Irama Malaysia telah berlangsung pada 5 Julai 2012 bertempat di Dewan SMK Bandar Kuala Krai. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum ( Kesenian dan Kebudayaan ) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. SKKT tidak ketinggalan menghantar murid-muridnya untuk kategori Nasyid dan Bintang Irama Malaysia.

      Pasukan nasyid Fathul Islam  di bawah bimbingan Pn. Huszaima telah menjadi Juara dan akan mewakili PPD Kuala Krai ke peringkat Negeri yang akan dilangsungkan pada 8 Julai nanti. Manakala Bintang Irama Malaysia yang diwakili oleh adik Aleesa Sazwina bt. Mohd Rozlan tahun 3 Azam telah dinobatkan sebagai Naib Juara dengan mendendangkan lagu Nazam Berkasih.

Hadiah disampaikan oleh En Mohd Nasir b. Hussin Penyelia Kokurikulum PPD Kuala Krai.


Peserta Fathul Islam gembira dengan keputusan dan  hadiah yang mereka dapat sekaligus membanggakan pihak sekolah. Tahniah untuk mereka.


Foto oleh
Pn. Huszaima bt. Hussin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...