Apa Yang Anda Cari?

Thursday 26 July 2012

Senamrobik 1M1S dan Acara Sukaneka Tahunan SEKATA 2012

Pada 10 Julai 2012 diadakan Senamrobik 1M1S bermula jam 8.00 pagi di dataran perhimpunan sekolah. Aktiviti ini bersempena dengan Senamrobik serentak seluruh Malaysia.



Kehebatan murid-murid 


Kehebatan guru-guru lelaki






Kehebatan guru-guru perempuan





Pada 11 Julai 2012 Acara Sukaneka Tahunan diadakan. Semua murid terlibat dalam acara tersebut.
Turut sama menjayakan program pada hari tersebut ialah pelatih dari IPG Kampus Kota Bharu.
Selain acara sukan, ceramah motivasi dan gotong royong juga diadakan yang dikendalikan oleh pelatih-pelatih IPG Kampus Kota Bharu. Turut diadakan pameran kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Kuala Krai.
Majlis penutup dirasmikan oleh Tn Hj Ab. Razak  Shafei- Pengarah dan Penasihat Program


 Penerangan tentang Kesihatan
 Sukaneka 
 Penjagaan Kesihatan
 Taklimat Acara Sukaneka
Cenderahati kepada wakil Pejabat Kesihatan 
Kuala Krai oleh YBrs Hj Ab. Razak b. Shafei



Thursday 5 July 2012

PERTANDINGAN NASYID DAN BINTANG IRAMA MALAYSIA UNIT KOKURIKULUM PPD KUALA KRAI

      Pertandingan nasyid dan Bintang Irama Malaysia telah berlangsung pada 5 Julai 2012 bertempat di Dewan SMK Bandar Kuala Krai. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum ( Kesenian dan Kebudayaan ) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. SKKT tidak ketinggalan menghantar murid-muridnya untuk kategori Nasyid dan Bintang Irama Malaysia.

      Pasukan nasyid Fathul Islam  di bawah bimbingan Pn. Huszaima telah menjadi Juara dan akan mewakili PPD Kuala Krai ke peringkat Negeri yang akan dilangsungkan pada 8 Julai nanti. Manakala Bintang Irama Malaysia yang diwakili oleh adik Aleesa Sazwina bt. Mohd Rozlan tahun 3 Azam telah dinobatkan sebagai Naib Juara dengan mendendangkan lagu Nazam Berkasih.

Hadiah disampaikan oleh En Mohd Nasir b. Hussin Penyelia Kokurikulum PPD Kuala Krai.


Peserta Fathul Islam gembira dengan keputusan dan  hadiah yang mereka dapat sekaligus membanggakan pihak sekolah. Tahniah untuk mereka.


Foto oleh
Pn. Huszaima bt. Hussin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...