Apa Yang Anda Cari?

Misi & Visi





FALSAFAH, VISI, MISI DAN MATLAMAT SEKOLAH


[Falsafah Sekolah]

‘Bahawa murid-murid yang berada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya.Dengan itu seluas-luas peluang akan diberi kepada murid-murid untuk mengembngkan intelek itu’.”Bahawanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtitas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pendidikan murid-murid di sekolah ini’.

[Visi Sekolah]

SK KAMPONG TENGAH SEKOLAH TERSOHOR 2015

[Misi Sekolah]
Menjadikan SK Kampong Tengah Sekolah Tersohor 2015 dengan: 
Memaksimumkan cakna akademik. 
Mengoptimumkan pengurusan sumber.
Memperkasakan pembangunan modal insan. 
Memacu kecemerlangan sukan dan ko-kurikulum. 
Menjana sekolah selamat, indah dan ceria.

[Moto Sekolah] 
SK.KAMPONG TENGAH TERUS CEMERLANG


[Matlamat Sekolah]


¨       Meningkatkan pencapaian kecemermelangan 5A dan peratus lulus UPSR dengan program-program peningkatan akademik dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kadar peningkatan mestilah meningkat setiap tahun sekurang-kurangnya 3%.

¨    Pencapaian 100 peratus celik 3M untuk semua murid Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. [Tiada seorang murid pun yang akan markah kurang daripada 40 % dalam setiap ujian Bahasa Melayu dan Metamatik].

¨   Meningkatkan mutu perkhidmatan setiap guru dan kakitangan bagi melahirkan sekolah cemerlang. [Setiap guru mesti menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan menghadiri kursus/bengkel yang diadakan oleh jabatan].

¨       Peringkatan penyertaan dalam semua aktiviti kokurikulum dari peringkat negeri [semua murid mesti mengambil bahagian  dalam kegiatan kokurikulum].

¨      Meningkat tahap kecemerlangan disiplin murid melalui penerapan dan penghayatan nilai-nilai  murni.

¨      Mencapai 100% kehadiran ke sekolah dan mempertingkatkan mutu pengurusan ,kebersihan dan keceriaan sekolah.



[Piagam Pelanggan] 


¨   Memberi peluang pendidikan kepada semua murid secara saksama tanpa mengira sosio-ekonomi serta kaum.

¨      Sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh murid serta berusaha dengan penuh daya menyelesaikannya secara adil dan saksama.

¨    Berusaha dan bertanggungjawab meningkatkan pencapaian pelajar setiap murid di samping berusaha membasmi buta 3M.

¨      Mempastikan setiap murid dapat belajar ditempat yang sesuai sejajar dengan kaedah di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

¨      Sentiasa memupuk hubungan kasih sayang antara guru dengan murid.

¨      Mewujudkan suasana kerjasama yang intim antara guru dengan ibubapa.

¨      Beriltizam untuk mencapai matlmat yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...