Apa Yang Anda Cari?

Thursday 24 May 2012

KEM MUTIARA HATI 2012
DI MUARA CHALET, TOK BALI
17-19 MEI 2012



Kami warga SEKATA sekali lagi telah berjaya mengadakan program untuk murid-murid tahun 6, 
 yang diberi nama KEM MUTIARA HATI.
Bertolak dari sekolah jam 9.00 pagi 17 Mei 2012 menaiki bas sekolah SMKSYP 1.




Berbagai aktiviti diadakan bagi memanfaatkan masa, tenaga dan wang ringgit yang dikeluarkan.

Bertolak balik jam 12.00 tengah hari 19 Mei 2012.
ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar

terima kasih kepada semua warga SEKATA yang telah banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit.
Semoga Jasa dan Pengorbanan semua akan mendapat keberkatan ALLAH.
Daripada: HJ. MOHAMAD BIN JUSOH
GURU BESAR

Monday 21 May 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
16 MEI 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012 dengan begitu meriah sekali. Antara pengisian dihari yang bermakna ini ialah :

*Perarakan masuk semua guru ke medan perhimpunan melalui permaidani biru dengan iringan muzik
  gamelan.
*Bacaan Perutusan .
*Pertukaran hadiah antara guru.
*Bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema.
*Gimik Perasmian dengan memotong kek dan tembakan riben.
*Persembahan tarian olehTUNAS BUDAYA.
*Pertandingan GURU PENYAYANG.
*Pertandingan PAKAIAN MENGIKUT TEMA iaitu warna merah dan gold.
*Pertandingan pakaian beragam.
*Pertandingan Dikir Barat antara guru lelaki dan perempuan.
*Jamuan makan tengahari di restoran SRI THAI.


Permandangan di medan perhimpunan,

Pentas Utama Sambutan Hari Guru 2012.
YM Tuan Aziz Tuan Mat Ketua Pemuda UMNO KK telah menghadiahi
jambangan bunga dan ucapan SELAMAT HARI GURU.
Cikgu Zaki membawa masuk Perutusan daripada KPPM
dan dibacakan oleh beliau sendiri


Kumpulan Tarian TUNAS BUDAYA SEKATA
 mempersembahkan tarian

Guru Besar Tn. Hj,. Mohamad b. Jusoh telah dianugerahkan
Guru Lelaki berpakaian mengikut tema  iaitu warna merah dan gold.

Guru-guru dan staff menjamu selera di restoran Sri Thai.

Kumpulan dikir barat guru lelaki.
 Video pertandingan Dikir Barat antara guru lelaki dan guru perempuan akan dimasukkan kemudian.

Friday 18 May 2012

MAJLIS BERSAMA TOKOH AKADEMIK TEMPATAN


BERSAMA TOKOH AKADEMIK TEMPATAN
ACP KEHORMAT DATO' PADUKA DR JUNAIDY ABU BAKAR
NAIB CANSELOR (HEP DAN ALUMNI)
UPSI, TANJONG MALIM, PERAK
PADA13 MEI 2012
 YBHG. DATO' DISAMBUT OLEH TUNAS BUDAYA SEKATA
SELAMAT DATANG!!!
BERAMAH MESRA DENGAN IBU BAPA DAN TETAMU
MAJLIS TURUT DIHADIRI YBRS EN ABDULLAH BIN MAT ZIN
PENOLONG PPD-PERHUBUNGAN
BERCERAMAH DI HADAPAN IBU BAPA DAN MURID-MURID TAHUN 6
DI AKHIR CERAMAH YBHG DATO' BERJANJI MENYUMBANG
2 SET LENGKAP PC KEPADA SEKATA. TERIMA KASIH DATO'.
YBRS TUAN GB  MENYAMPAIKAN TANDA KENANGAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA YBHG DATO'

Saturday 12 May 2012

TUNAS BUDAYA SEKATA



       Kumpulan Tarian TUNAS BUDAYA SEKATA telah ditubuhkan pada  2008 lagi dimana kumpulan ini ditubuhkan oleh                         Pn. Huszaima bt. Hussin
sekarang telah diberi nafas baru dan
mendapat seorang lagi guru yang berbakat dalam bidang tarian iaitu Pen. Kanan Kokurikulum   Pn. Lilis Ariani bt Abdul Rahman.                Sek. Keb. Kg. Tengah khasnya kumpulan tarian  berbangga dan berbesar hati kerana mendapat  seorang lagi jurulatih. Kumpulan ini pernah membuat persembahan di hadapan Raja Perempuan negeri Kelantan dan
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan. Kumpulan ini juga sering mendapat undangan  persembahan untuk majlis-majlis yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada itu kumpulan ini juga mendapat undangan membuat persembahan di majlis perkahwinan yang diadakan disekitar daerah Kuala Krai .                          
          Kumpulan  tarian TUNAS BUDAYA SEKATA pernah  
 menyertai pertandingan tarian rampai dan tarian etnik yang dianjurkan  
oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai dan pernah mewakili daerah Kuala Krai ke pertandingan peringkat negeri.
          Kumpulan ini disertai oleh murid-murid tahun 3, 4, 5, dan 6. Setiap tahun pelapis akan dicari dengan mengasah bakat-bakat murid yang berminat dalam bidang tarian.  

Antara guru yang terlibat dalam mengurus dan melatih kumpulan ini ialah :


                                               



                                                   PN. LILIS ARIANI BT.ABDUL MANAN
                                                          (Penolong Kanan Kokurikulum )








PN. HUSZAIMA BT. MAT HASSAN @ HUSSIN
               (Guru Pendidikan Muzik )









                                                    PN. SUZANA BT. ABDULLAH
                                                           (Guru Bahasa Inggeris )
                   





             Kumpulan ini juga telah mendapat kerjasama daripada guru-guru dan semestinya Guru Besar.Kami guru yang terlibat secara langsung menubuhkan kumpulan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar, penolong-penolong kanan dan guru-guru yang telah memberi sokongan kepada kami. Semoga kumpulan ini akan terus menjulang Kebudayaan dan semoga seni kebudayaan tanah air kita akan terus bertapak didalam hati anak Malaysia. Oleh itu ia harus dipupuk dari kecil lagi supaya TAK LAPUK DITELAN ZAMAN .

              Sekian. Assalamualaikum  Warahmatullahhiwabarahkatuh.......

Disediakan oleh ,

PN. HUSZAIMA BT. HUSSIN.




                     

Tuesday 8 May 2012

lagu Tema Hari Guru 2012



Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...