Apa Yang Anda Cari?

Saturday 12 May 2012

TUNAS BUDAYA SEKATA



       Kumpulan Tarian TUNAS BUDAYA SEKATA telah ditubuhkan pada  2008 lagi dimana kumpulan ini ditubuhkan oleh                         Pn. Huszaima bt. Hussin
sekarang telah diberi nafas baru dan
mendapat seorang lagi guru yang berbakat dalam bidang tarian iaitu Pen. Kanan Kokurikulum   Pn. Lilis Ariani bt Abdul Rahman.                Sek. Keb. Kg. Tengah khasnya kumpulan tarian  berbangga dan berbesar hati kerana mendapat  seorang lagi jurulatih. Kumpulan ini pernah membuat persembahan di hadapan Raja Perempuan negeri Kelantan dan
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan. Kumpulan ini juga sering mendapat undangan  persembahan untuk majlis-majlis yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada itu kumpulan ini juga mendapat undangan membuat persembahan di majlis perkahwinan yang diadakan disekitar daerah Kuala Krai .                          
          Kumpulan  tarian TUNAS BUDAYA SEKATA pernah  
 menyertai pertandingan tarian rampai dan tarian etnik yang dianjurkan  
oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai dan pernah mewakili daerah Kuala Krai ke pertandingan peringkat negeri.
          Kumpulan ini disertai oleh murid-murid tahun 3, 4, 5, dan 6. Setiap tahun pelapis akan dicari dengan mengasah bakat-bakat murid yang berminat dalam bidang tarian.  

Antara guru yang terlibat dalam mengurus dan melatih kumpulan ini ialah :


                                               



                                                   PN. LILIS ARIANI BT.ABDUL MANAN
                                                          (Penolong Kanan Kokurikulum )








PN. HUSZAIMA BT. MAT HASSAN @ HUSSIN
               (Guru Pendidikan Muzik )









                                                    PN. SUZANA BT. ABDULLAH
                                                           (Guru Bahasa Inggeris )
                   





             Kumpulan ini juga telah mendapat kerjasama daripada guru-guru dan semestinya Guru Besar.Kami guru yang terlibat secara langsung menubuhkan kumpulan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar, penolong-penolong kanan dan guru-guru yang telah memberi sokongan kepada kami. Semoga kumpulan ini akan terus menjulang Kebudayaan dan semoga seni kebudayaan tanah air kita akan terus bertapak didalam hati anak Malaysia. Oleh itu ia harus dipupuk dari kecil lagi supaya TAK LAPUK DITELAN ZAMAN .

              Sekian. Assalamualaikum  Warahmatullahhiwabarahkatuh.......

Disediakan oleh ,

PN. HUSZAIMA BT. HUSSIN.




                     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...