Apa Yang Anda Cari?

Saturday 30 June 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Tarikh Program     :     30 JUN 2012
Masa                     :     8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Kategori                :     a. tahun 3 perempuan
                                   b. tahun 3 lelaki
                                   c. tahun 4 perempuan
                                   d. tahun 4 lelaki
                                   e. tahun 5 perempuan
                                    f. tahun 5 lelaki
                                   g. tahun 6 perempuan
                                   h. tahun 6 lelaki

Keputusan             :     Johan Keseluruhan ialah PASUKAN MERAH


PK Kokurikulum sedang memberi taklimat kepada peserta.
(gambar atas)



Kelihatan semua peserta dengan penuh semangat
(gambar kanan)

PK HEM diberi penghormatan untuk melepaskan semua peserta



Antara medal dan hadiah yang menjadi rebutan para peserta

PK Kokurikulum bersama Guru Pasukan Rumah Merah
dan dua orang pemenang

Foto oleh
Pn. Huszaima bt. Hussin

Friday 29 June 2012

GURU INOVATIF PPD KUALA KRAI 2012

                            Dari Kiri : Pn. Suhaili bt. Hassan, Pn. Rahizan bt. Abdul Rahman, Pn. Lilis Ariani bt. Abd Manan (PK KO),                               Tn. Hj. Mohamad b. Jusoh (GB), En. NorKhairul Ramzi b. Mat Zin, Pn. Zuraida bt. Mohd Zain dan
 Pn. Huszaima bt. Mat Hassan @ Hussin.
MGB PPD Kuala Krai telah menganjurkan Himpunan Pendidik Daerah Kuala Krai bersama Pengarah Pelajaran Kelantan bertempat di Dewan SMK Bandar Kuala Krai pada 28 Jun 2012. Di dalam majlis itu seramai 35 orang guru daerah Kuala Krai  menerima Anugerah Guru Inovatif dan  6 orang guru dari SK. Kampong Tengah telah terpilih menerima anugerah tersebut. Warga SK. Kg. Tengah mengucapkan tahniah kepada guru - guru berkenaan.

Thursday 28 June 2012

Tuan PPD Melawat SKKT (SEKATA) Sekali Lagi

Pada Rabu 27 Jun 2012, atas keperihatinan, Tn Hj. Anuar (PPD) sekali lagi melawat SK Kampong Terngah untuk meninjau sendiri program yang dijalankan.

Kelihatan Tuan PPD bertanya sesuatu

Warga SEKATA yang disanjungi, contohilah komitmen yang ditunjukkan oleh Tuan PPD. 
Pukul 2 pg baru tiba dari KL bermesyuarat namun keesokannya sempat melawat ke beberapa buah sekolah. Tidak merasa penat lelah dan jemu demi tugas.
Terima kasih tuan melawat SEKATA.

Sunday 24 June 2012

PROGRAM LINUS PPD DI SK KAMPONG TENGAH

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai telah mengadakan satu program bagi membantu sekolah mengatasi masalah murid LINUS bagi mencapai hasrat atau KPI PPD iaitu pencapaian 100% bermula 24 hingga 28 Jun 2012 (Ahad-Khamis)

Dalam usaha ini YBrs Tn Hj. Anuar bin Mamat (PPD K.Krai) bersama YBrs. En. Ramali bin Deraman (Tim. PPD K. Krai) ke Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah untuk melihat sendiri program ini dijalankan.

Program ini dikendalikan oleh guru-guru LINUS SK Kampong Tengah dan dibantu oleh FasiLINUS PPD serta JU LINUS PPD.

Dalam lawatan tersebut Tuan PPD dan Tuan Tim. PPD sempat masuk ke kelas dan turut sama mengajar murid-murid LINUS.

Guru Besar, Hj Mohamad bin Jusoh mengiringi Tuan PPD dan Tuan Tim. PPD sepanjang lawatan tersebut.

Terima kasih Tuan, Semoga ALLAH membalas jasa baik tuan berkunjung ke sekolah ini dan memperuntukkan makan minum kepada semua yang terlibat.


Kelihatan Tuan PPD sendiri mengajar murid LINUS membaca disamping guru LINUS Sk. Kampong Tengah, En. Zaki bin Alias dan diperhatikan Tuan Timbalan PPD.

CERAMAH ISRAK MIKRAJ


Satu ceramah Israk Mikraj peringkat sekolah diadakan pada Ahad 24 Jun 2012.
Ceramah disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Haji Ahmad Tarmizi bin Awang, mantan guru j-QAF Sk. Kampong Tengah yang bertukar ke Sk. Kor, Kota Bharu pada 1 Jun 2012.

Ceramah diadakan selepas perhimpunan mingguan  iaitu di medan perhimpunan sekolah.
Semua guru dan murid-murid bersama-sama di dalam majlis tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...