Apa Yang Anda Cari?

Sunday 24 June 2012

PROGRAM LINUS PPD DI SK KAMPONG TENGAH

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai telah mengadakan satu program bagi membantu sekolah mengatasi masalah murid LINUS bagi mencapai hasrat atau KPI PPD iaitu pencapaian 100% bermula 24 hingga 28 Jun 2012 (Ahad-Khamis)

Dalam usaha ini YBrs Tn Hj. Anuar bin Mamat (PPD K.Krai) bersama YBrs. En. Ramali bin Deraman (Tim. PPD K. Krai) ke Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah untuk melihat sendiri program ini dijalankan.

Program ini dikendalikan oleh guru-guru LINUS SK Kampong Tengah dan dibantu oleh FasiLINUS PPD serta JU LINUS PPD.

Dalam lawatan tersebut Tuan PPD dan Tuan Tim. PPD sempat masuk ke kelas dan turut sama mengajar murid-murid LINUS.

Guru Besar, Hj Mohamad bin Jusoh mengiringi Tuan PPD dan Tuan Tim. PPD sepanjang lawatan tersebut.

Terima kasih Tuan, Semoga ALLAH membalas jasa baik tuan berkunjung ke sekolah ini dan memperuntukkan makan minum kepada semua yang terlibat.


Kelihatan Tuan PPD sendiri mengajar murid LINUS membaca disamping guru LINUS Sk. Kampong Tengah, En. Zaki bin Alias dan diperhatikan Tuan Timbalan PPD.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...