Apa Yang Anda Cari?

Sejarah


Sejarah SEKATA

         Pada tahun 1057 bermula penubuhan Sekoloah Kebangsaan Kampong Tengah.Pada peringkat permulaan ianya merupakan sebuah Sekolah Rakyat. Bangunannya yang pertama telah dibina di atas sebidang tanah seluas dua setengah ekar. Bangunan ini dibina hasil daripada gotong royong penduduk sekitar yang menyedari betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka.Usaha ini diketahui oleh Penghulu Tuan Haji Isa bin Sidek. Guru ketika itu ialah Encik Muhammad bin Haji Isa ( Bekas Ahli Parlimen Kuala Krai ) dan Encik Abdul Wahab bin Ali.

Menjelang tahun 1964 , kerajaan telah mengambil alih sekolah ini dan dijadikan sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil. Pendidikan yang dijalankan hanyalah setakat darjah 4 sahaja.Mulai 1 Januari 1972 sekolah ini tidak lagi menjadi sekoalh cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil. Pada masa itu pelajaran diberikan sehingga darjah lima dengan 5 orang kakitangan dan keramaian 104 orang murid.

gambar hiasan
Pada 6 April 1973, Dato’ Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan bangunan 3 bilik darjah. Bilangan kelas bertambah sehingga darjah. Jumlah murid telah meningkat kepada 130 orang dan lapan orang guru.

Arus pembangunan dan kemajuan menyebabkan sekolah Kebangsaan Kampong Tengah meningkat setapak lagi . Di mana ia telah mendapat sebuah dua tingkat yang melindungi bilik pejabat, sebuah pust sumber dan tiga bilik darjah. Manakala keramaian murid meningkat lagi kepada 248  orang dan guru seramai 10 orang. Bangunan ini dibina dan digunakan pada tahun 1980. Perasmian  pembukaan dibuat pada 4 Mei 1986 oleh YB Tengku Razaleigh b Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustirian Malaysia.

Sehingga kini pertambahan bilangan murid yang berterusan menyebabkan sekolah ini telah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Dengan bilangan darjah 10 eklas sahaja sedangkan bilangan murid hampir seramai 600 orang dan guru seramai 31 orang telah menyebabkan sekolah terpaksa diadakan dua sesi bermula tahun 1995. Pelajaran dijlankan di sesi  pagi untuk tahun dua dan tiga belajar di sesi petang.

Menjelang tahun 2001 ,dua block 4 tingkat bangunan tambahan dibina untuk menampung pertambahan bilangan murid.Ianya telah siap dibina digunakan pada bulan 2002.Bangunan tambahan ini dilengkapi 24 buah bilik darjah,pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, Pusat Sumber, bilik Sains, bengkel Kemahiran Hidup, bilik rawatan.

Pada tahun 2003 sebuah makmal komputer telah dibina di bawah Program Pengkomputeran dalam pendidikan. Makmal ini dilengkapi dengan 24 buah computer yang mempunyai rangkaian “Schoolnet’. Pada tahun 2006 sekolah ini mempunyai rangkaian seramai 620 orang murid dengan 34 orang guru. 

Peta Lokasi
Foto dirakam satelit; Menunjukkan peta lokasi SK Kampong Tengah (segi tiga merah)

Sejarah Guru Besar SEKATA


 SENARAI GURU BESAR YANG TELAH BERKHIDMAT DI SK KAMPONG TENGAH


BIL
NAMA
MULA
HINGGA
1
AB. MALEK BIN MAHMUD
02.01.1972
31.10.1982
2
HJ. MOHD RAZALI B CHE MAMAT
01.11.1982
31.12.1987
3
HJ. MUHAMMAD B HJ AWANG NOH
01.01.1988
30.12.1991
4
LAU GUAN KHIM ( MEMANGKU )
31.12.1991
16.01.1993
5
SULAIMAN B HASSAN
17.01.1993
16.03.1994
6
ABD. AZIZ B MOHAMMAD
01.08.1994
01.07.1995
7
ROSNAH BT CHE AMAT
01.07.1995
31.05.2004
8
NASIR B MUSA
01.06.2004
15.09.2005
9
HJ MUHAMMAD HANAFIAH B CHE LONG
16.09.2005
16.12.2006
10
ROZNAN B MOHD NOOR
16.02.2007
31.01.2011
11   
HJ. MOHAMAD BIN JUSOH                        
    01.02.2011  
   SEKARANG   


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...