
Pertamanya, wujudkan
rasa syukur dalam diri kita kerana diberi kekuatan dalam melaksanakan segala
tugasan yang diamanahkan kepada kita kerana telah berjaya merancang dan menghasilkan sebuah Blog yang boleh dijadikan rujukan semua warga SEKATA dalam
melaksanakan segala tugasan agar selari dengan Visi dan Misi SEKATA.
Sesungguhnya dengan adanya blog ini, diharapakan dapat merealisasikan serta
mengimplimentasikan segala matlamat, justeru itu saya amat mengharapkan agar
semua warga SEKATA bersatu hati menggembeling tenaga dalam mencapai sesuatu
hasrat yang diimpikan agar menjadi kenyataan dan bukannya mimpi indah yang hilang di kala fajar
menjelang.
Usaha murni warga SEKATA saya iringi dengan doa dan
harapan moga ALLAH memakbulkan segala hasrat dan cita.
Apa yang diucapkan di
mulut, kini diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Anggota badan yang patuh
kepada segala perintah ALLAH merupakan tanda iman yang kuat….
MENANAM BENIH KESABARAN SERIBU KEPAHITAN ,
NAMUN PASTI BUAHNYA SEJUTA KEMANISAN.
“SK KAMPONG TENGAH SEKOLAH TERSOHOR 2015”
Sekian, terima kasih,
HJ MOHAMAD BIN JUSOH
GURU BESAR
SK KAMPONG TENGAH