Apa Yang Anda Cari?

Thursday 29 March 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang

Bermula jam 6.45 pagi, guru-guru SEKATA berhimpun di pintu pagar utama magi menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah. Semua murid diberi sekeping penanda buku dan 100 orang ibu bapa terawal diberi buah tangan sebagai tanda terima kasih pihak sekolah kerana menghantar anak-anak mereka di awal pagi.
Murid-murid dan ibu bapa disambut dengan ucapan salam dan ucapan "Selamat Datang"

Jam 7.30 pagi, bacaan Yassin beramai-ramai seperti biasa pada setiap hari Khamis.
Selesai majlis bacaan Yassin, perhimpunan khas diadakan.
Ucapan Penyelaras Program diikuti ucapan perasmian Guru Besar.
Diteruskan dengan penyampaian kad Hari Jadi dan rantai kunci Selamat Hari Jadi kepada semua murid yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.

Majlis diakhiri dengan penyerahan mentee (murid target UPSR) kepada mentor (guru-guru Tahun 6)
10.45 P & P berjalan seperti biasa.
Pada pukul 12.45 dan 1.15 Lambaian Pulang oleh guru-guru kelas dan guru subjek.



Gambar-gambar sekitar
majlis
pelancaran
tersebut.
Guru Bimbingan
En. Zaki bin Alias
sedang mengagihkan penanda buku kepada murid-murid
dan cenderahati kepada ibu bapa.

Banner dan Gabungan belon berbentuk "LOVE" sebagai lambang kasih sayang
antar guru-guru dan murid-murid



Pamplet Majlis Pelancaran Guru Penyayang


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...