Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai telah mengadakan satu program bagi membantu sekolah mengatasi masalah murid LINUS bagi mencapai hasrat atau KPI PPD iaitu pencapaian 100% bermula 24 hingga 28 Jun 2012 (Ahad-Khamis)
Dalam usaha ini YBrs Tn Hj. Anuar bin Mamat (PPD K.Krai) bersama YBrs. En. Ramali bin Deraman (Tim. PPD K. Krai) ke Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah untuk melihat sendiri program ini dijalankan.
Program ini dikendalikan oleh guru-guru LINUS SK Kampong Tengah dan dibantu oleh FasiLINUS PPD serta JU LINUS PPD.
Dalam lawatan tersebut Tuan PPD dan Tuan Tim. PPD sempat masuk ke kelas dan turut sama mengajar murid-murid LINUS.
Guru Besar, Hj Mohamad bin Jusoh mengiringi Tuan PPD dan Tuan Tim. PPD sepanjang lawatan tersebut.
No comments:
Post a Comment