Apa Yang Anda Cari?

Thursday, 29 March 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang

Bermula jam 6.45 pagi, guru-guru SEKATA berhimpun di pintu pagar utama magi menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah. Semua murid diberi sekeping penanda buku dan 100 orang ibu bapa terawal diberi buah tangan sebagai tanda terima kasih pihak sekolah kerana menghantar anak-anak mereka di awal pagi.
Murid-murid dan ibu bapa disambut dengan ucapan salam dan ucapan "Selamat Datang"

Jam 7.30 pagi, bacaan Yassin beramai-ramai seperti biasa pada setiap hari Khamis.
Selesai majlis bacaan Yassin, perhimpunan khas diadakan.
Ucapan Penyelaras Program diikuti ucapan perasmian Guru Besar.
Diteruskan dengan penyampaian kad Hari Jadi dan rantai kunci Selamat Hari Jadi kepada semua murid yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.

Majlis diakhiri dengan penyerahan mentee (murid target UPSR) kepada mentor (guru-guru Tahun 6)
10.45 P & P berjalan seperti biasa.
Pada pukul 12.45 dan 1.15 Lambaian Pulang oleh guru-guru kelas dan guru subjek.



Gambar-gambar sekitar
majlis
pelancaran
tersebut.
Guru Bimbingan
En. Zaki bin Alias
sedang mengagihkan penanda buku kepada murid-murid
dan cenderahati kepada ibu bapa.

Banner dan Gabungan belon berbentuk "LOVE" sebagai lambang kasih sayang
antar guru-guru dan murid-murid



Pamplet Majlis Pelancaran Guru Penyayang


Wednesday, 28 March 2012

KBS TAHAP 1 & Program Guru Penyayang 2012

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF kerana 
berjaya mengadakan Kem Bestari Solat untuk Tahap 1, 2012.
Usaha murni  semua yanmg menjayakan Kem tersebut diucapkan 
TAHNIAH DAN SYABAS!!!



Program Guru Penyayang akan diadakan seawal 6.45 pagi esok.
Semua guru diminta agar memberi kerjasama yang erat bagi menjayakan program tersebut.
Terima Kasih kepada semua warga SEKATA yang berjaya mengadakan program tersebut.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA 
AJK DAN SEMUA !!!

Sekitar Majlis Penyerahan RM100 Thn. 1

 Salah seorang ibu sedang menerima RM100.00 daripada
En. Zulkifli bin Esa
JKKP Batu Balai











 Sebahagian ibubapa yang hadir pada majlis tersebut








Kawad Kaki Setiap Pagi Rabu





Kelihatan PK Kokurikulum, Penyelaras Badan Beruniform dan Penyelaras Kelab dan Persatuan
mengendalikan
latihan tersebut


















Tuesday, 27 March 2012

Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100


Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100.00 kepada murid-murid Tahun 1 akan diadakan pada 28 Mac 2012 (Rabu).
Majlis tersebut akan disempurnakan oleh En. Zulkifli  JKKP Batu Balai merangkap Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah.
Kepada semua ibu bapa murid-murid tahun 1 dijemput hadir. Majlis akan diadakan jam 11.00 pagi.

Harap Maklum.

Monday, 26 March 2012

Demi Anak Bangsa


26 Mac 2012 (Isnin)
Perbincangan dua hala antara Pengurus Tabung Haji Kuala Krai dengan
Drs. Tn. Hj. Mohd Yunus bin Yusof 
(Pen. PPD. Peng. kurikulum) PPD Kuala Krai
berkenaan Program Klinik UPSR tajaan Tabung Haji.

Perbincangan ini dilangsungkan di bilik guru besar 
sebelum majlis mesyuarat Post Mortem ISL1 yang  diadakan 
di bilik mesyuarat SEKATA 


Majlis pemakaian lencana kepada
Norsazwani bt Zakaria (TOV: 3B2C ISL 1: 2A 3B)
pada Ahad 25 Mac 2012
Pencapaian yang begitu membanggakan.
Semoga menjadi contoh kepada murid-murid lain
TAHNIAH!!!

Pn. Rahizan bt. Ab. Rahman
Setiausaha Kecemerlangan UPSR
mengumumkan nama murid tersebut.


Pn. Hajah Faridah bt. Mat Hassan
(PKP)
sedang menyemat pin sebagai mengisytiharkan 
sebagai salah seorang murid target UPSR 2012
Guru Besar sedang menyampaikan 
cenderahati sebagai tanda penghargaan

Saturday, 24 March 2012

SEKATA Boleh!!!

Sokongan Pen. Pengarah SPP JPNK

Pada 22 Mac 2012 (khamis)

En Adnan bin Awang
Penolong Pengarah Sektor Peperiksaan dan Penilaian
JPN Kelantan 
sedang melakarkan kata-kata semangat dan menurunkan tandatangan
pada Banner Lancarkan Impian sebagai sokongan
kepada warga SEKATA
terima kasih
tuan.






Kem Permata Pintar

pada 25 Februari 2012

SK Kampong Tengah buat julung-julung kalinya menjayakan
'Kem Permata Pintar'
murid-murid Tahun 2

Berikut adalah antara detik-detik manis yang sempat dirakam
sepanjang pelancaran program...


Lafaz Ikrar Bersama...





Peserta sedang mendengar amanat dan pesanan oleh guru besar semasa majlis pelancaran
 dan perasmian kem tersebut

Peserta sedang mengikuti kerja kumpulan dengan dibantu oleh fasilitator

Foto disediakan oleh;



Lancarkan Impian!


Foto-foto yang sempat dirakam sekitar,
Kemuncak Perasmian Program
'Lancarkan Impian Kejar Kejayaan!'
pada
13 Februari 2012
Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Drs Hj Mohd Yunus bin Yusof
Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Sains dan Matematik)

Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah


Beberapa orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Kelantan sedang menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan

Foto oleh;


Kelas Praktikal Solat (Fardhu Ain)

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

At Tahrim : 6

Ustazah yang bertugas memastikan keadaan saf

'Luruskan saf! Rapatkan Saf!'


Thursday, 22 March 2012

Doa Kerja


Bagi mendapat keberkatan sepanjang pekerjaan kita, amalkan doa ini.
Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah..



Monday, 19 March 2012

Panorama SEKATA





Sekitar Program Juara Rakyat pada Tahun 2011. 
Pertandingan mewarna kanak-kanak Tadika





Salam Muqaddimah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

***

     Segala puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Penguasa di hari pembalasan. Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami pada jalan yang benar. Iaitu jalannya orang-orang yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

     Selawat dan Salam berikanlah kepada Nabi kami Muhammad SAW. Kepada keluarga serta para sahabatnya. Dan kepada segenap kaum Muslim yang telah berjuang menegakkan agamaMu. Dan  masukkanlah kami diantara mereka.

     Limpahkanlah RahmatMu kepada kedua orang tua kami. Kepada guru-guru kami. Kepada saudara-saudara kami sekandung dan seperguruan. Berikanlah kepada mereka kebahagiaan di dunia ini, jua kebahagiaan di akhirat kelak.

     Tuhan yang Maha Perkasa. Bagi kami hanya Engkaulah yang Maha Perkasa. Tuhan yang Maha Pengasih. Bagi kami hanya Engkaulah pelindung kami. Hari ini kembali kami berusaha untuk mendidik diri-diri kami. Agar lebih mengenal diri kami sendiri. Sehingga kami dapat melaksanakan segenap tugas dan kewajiban kami. Sebagaimana yang Engkau kehendaki.

     Tuhan yang Maha Perkasa. Beri kami kekuatanMu. Tuhan yang Maha Pengasih. Beri kami lindunganMu. Hanya kepadaMu kami serahkan seluruh hidup dan mati kami. Dan hanya kepadaMu kami mohonkan - Jadikanlah kami ini hamba-hambaMu yang sejati. Ameen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...